Saturday, June 13, 2009

Dosa

Bismillahirrahmanirrahim

Saja aku nak menaip harini bagi mengisi masa yang dilapangkan oleh Allah pada hunjung minggu ni, sekaligus mengisi kekosongan blog usang ni.

Alhamdulillah, pagi tadi dua aktiviti sihat telah berjaya dilaksanakan bersama Metc trainees iaitu berjoging dan (yang ni tak pasti sihat ke tak);menari poco2...

Kenapa tajuk post ni 'dosa'?? Sebab tadi baru terbaca dalam sebuah buku yang menyatakan maksud dosa iaitu perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama,tapi terfikir fahamkah kita dengan perbuatan melanggar hukum Allah? Kita sebagai hamba Allah sememangnya mempunyai tujuan dan destinasi yang satu, iaitu redha Allah dan syurga Allah. Tak kira lah sesiapa pun, lain bangsa ke lain agama ke kalau tanya ada tak yang nak masuk neraka? Mesti tak da kan...Bagi yang lain agama tu lain lah pulak ceritanya. Tapi apa yang aku nak bawa kat sini ialah adakah dosa membawa ke syurga? Sudah tentu tidak! Dosa tu bekalan ke neraka! Sungguh, kita insan biasa tidak lepas dari melakukan dosa walaupun kecil. Walaupun begitu tak kan la kita nak terus membawa dosa2 bersama dan dikumpul menjadi banyak? Sedarlah aku, dan sesiapa jua yang membaca bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Menerima Taubat dan mati adalah perkara yang paling dekat dengan kita,bak kata Imam Al-Ghazali.

Janji Allah,bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

SO, segerakanlah bertaubat dan lazimkan diri dengan istighfar. Hindari dari melanggar hukum Allah. Sebelum menutup kata, macam mana nak hindari dari melanggar hukum Allah kalau tak tahu? Tak tahu kena belajar. Kan menuntut ilmu tu wajib dalam Islam...Wallahua'lam.

Moga apa yang aku taip ni menjadi peringatan yang membawa amal yang istiqamah berkekalan buatku yang selalu lupa ni,dan supaya aku sentiasa bersemangat dalam perjuanganku...AMIN ya ALLAH

6 comments:

  1. salam shamil

    gue setuju bener dgn pndpt kmu,
    dosa nggak bisa dibawa ke surga,
    lntas kita cubain minimise dosa kita,
    sambil kita upgrade iman di dlm jiwa,
    bagus entry ni,
    even it simple but its meaning too deep...

    p/s:dan utk peringatan aku jugak!huhu

    ReplyDelete
  2. hebat... i never imagine u would write somethin like this.. great..

    ReplyDelete
  3. syed segala yg baik dtg dr Allah, yg buruk jgk dr Allah tapi disandarkan pd aku yg lemah ni...

    ReplyDelete
  4. Manusia paling cerdik, paling bijak dan cemerlang di dunia ini ialah......






    .....yang paling banyak mengingati mati.......



    ......so... orang yang begini akan cuba meminimumkan kemungkaran dan memperbanyakkan taubat.

    Orang yang memperbanyakkan taubat....terangkat makamnya. Subhana Allah

    ReplyDelete
  5. SUBHANALLAH..tma ksh ustaz sudi berkongsi

    ReplyDelete