Saturday, June 27, 2009

TAK SEDAR,TAK TAHU?

Bila kita ambil wuduk kerana nak sembahyang, bolehlah kita membaca al-quran.Kalau ambil wuduk untuk baca al-quran, tak boleh bawa sembahyang.

Haa ini kena faham betul2.

Ambil wuduk tadi,nak baca al-quran. Lepas tu masuk waktu, kena ambil wuduk semula untuk sembahyang. Kecuali niat wuduk tadi kerana nak sembahyang, lalu membaca al-quran sambil menunggu masuk waktu.Itu untuk sembahyang fardhu.Kalau niat untuk solat sunat, maka tidak boleh untuk solat fardhu. Kalau niat untuk solat fardhu, maka boleh juga untuk solat sunat. Itulah covernya...Solat fardhu itu cover segala-galanya.”

(Ustaz Fahdullah Shuib, kuliah maghrib Surau At-Taufiqiah Ara Damansara)

Sesungguhnya aku memang tak sedar langsung tentang perkara sebegini, selama aku menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan dugaan ni. Bukan saja tak sedar, malah tak tahu pun yang wudhuk ni ada juga pangkat-pangkatnya seperti yang diperkatakan oleh ustaz Fadhullah. Biasanya aku bila dah ada wudhuk tu kira jalan la segala benda yang perlukan wudhuk,tak kira lah niatnya untuk apa. Rupanya tidak kusangka, bukan perkara mudah juga wudhuk ni ye.

Benda ni tak boleh dibuat main, sebab ia berkait dengan solat yang mana solat tu perkara yang utama. Wajib berwudhuk, untuk solat.

Tak kurang juga dengan perkara-perkara lain yang mungkin selama ni kita tak sedar akan kesilapan dek kealpaan.Mungkin kita perlu mencari dan belajar lagi untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Fikir-fikirkanlah...
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[al-Ankabut 29:69]

Jadi lepas ni kenalah berhati-hati, sentiasa berwaspada dan berusaha agar sempurna segala amalan,dapat menjadi bekalan ke akhirat yang berkekalan.

Terima kasih kepada ustaz, dan tak lupa kepada Ustaz Zahuri yang telah meminjamkan Digital Quran tempoh hari,yang juga telah banyak memberi. Kalau tak dapat Digital Quran hari tu,mungkin takda lah entry ni sebab recording tu ada dalamnya...Wallahua'lam

4 comments:

  1. selagi kita dalam proses belajar, segala kealpaan kita InsyaALLAH akan dicover balik dengan ilmu yg kita belajar... sebab tu, proses menuntut ilmu x akan berakhir... & sebagai seorang muslim, menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yg wajib dan mesti...itulah fitrah kita sebagai manusia... manusia mana yg sempurna selain dari rasulullah saw???

    kami menunggu junior utk bersama 'menghidupkan' Islam di D'Rimba......

    ReplyDelete
  2. setuju hilmi...xda manusia yg lebih sempurna dari Baginda saw.
    kita belajar lagi dan lagi INSYAALLAH!

    kalau diberi ruang dan jalan,INSYAALLAH kita dpt bersama x lama lg...amin.

    ReplyDelete
  3. wslm al-amin.
    aku ada 1 epal,ko ada 1 epal:kita tukar...balik2 sorang 1 jgk kan...aku ada 1 ilmu, ko ada 1 ilmu:kita tukar...da dpt sorang 2...INSYAALLAH.

    ReplyDelete