Thursday, June 18, 2009

JaNnAh...(volume 2)

Zaid bin Arqam r.a. berkata:  Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan munum?  Jawab Nabi s.a.w.:  Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima' (bersetubuh).  Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran?  Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan kasturi.

 

Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.

 

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

 

Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.

 

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga:  Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun.  Dan yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum.  Kelima: Albasakum alhuli wal hulal.  Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin.  Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun.  Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin.  Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun.  Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran.  Ertinya:-

 

1.         Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.

 

2.         Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.

 

3.         Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

 

4.         Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.

 

5.         Kami memberimu pakaian dan perhiasan.

 

6.         Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.

 

7.         Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.

 

8.         Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.

 

9.         Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.

 

10.       Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

 

Abul-Laits berkata:  Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam:-

 

1.Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu  dari maksiat maka syurga tempatnya.

 

2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.

 

3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

 

4.Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.

 

5.Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.  Sebagaimana ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan.  Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia.  Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.

ada lagi.............!



No comments:

Post a Comment