Friday, August 7, 2009

Auraaa...t

Aurat lelaki sering diremehkan

Artikel Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar



Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.



Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.



Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?



Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.



Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.



Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.



Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?



Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.



Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.



Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.



Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.



Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.



Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?



Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.



Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

Sunday, August 2, 2009

Guna mengguna

Bismillahirrahmanirrahim

Dua tiga hari kebelakangan ni aku selalu fikirkan, kenapa orang(di sekeliling) selalu menggunakan barang/kepunyaan orang lain tanpa pengetahuan atau keizinannya. Setelah aku berfikir beberapa ketika dan ketika lagi, maka dapatlah aku simpulkan bahawa perkara itu berlaku kerana pemilik barang itu sendiri. Sedar atau tidak mereka juga ada melakukan perkara yang sama terhadap orang lain yang menyebabkan pemilik yang lain mungkin berkata:

"Oit si polan, ko guna ... aku semalam? ko tau tak aku nak guna ... semalam, penting/urgent/emergency! @$% punya si polan!!"

Maka dapatlah si polan satu atau dua atau tiga atau seterusnya perkataan yang tidak sepatutnya diperkatakan. Tak patut! Sebab kita sesama insan, hamba Allah hidup di dunia yang sementara ni semua sama saja. Kita bersaudara.

Itu satu hal, pokoknya disini ialah penggunaan barang tanpa pengetahuan atau keizinan. Aku sedar, aku juga kadang-kadang tak lepas dari melakukannya(mungkin selalu). Pada sesiapa yang berkenaan aku minta maaf banyak2. Rasa segan, ego atau apa saja yang mungkin menyebabkan aku hanya dapat menyatakannya disini.


Terkadang bila benda ni jadi padaku, geram juga rasanya dihati ni, tapi apa yang aku buat hanyalah memadamkan segala perasaan yang pelik dan buruk tu, dan biarkan saja beliau yang berkenaan.


Segala yang kita milki bukanlah selamanya milik kita.

Akhir, aku nak tegaskan bagi diriku dan yang membaca agar mengurangkan penggunaan hak milik orang lain tanpa pengetahuan dan keizinannya sebab kita tak tahu segala apa kemungkinan bagi pemiliknya walaupun dia pernah menyatakan "pasni kalau nak guna, guna jela..."
Wokey,sekian. Wassalam alaikum





Saturday, June 27, 2009

TAK SEDAR,TAK TAHU?

Bila kita ambil wuduk kerana nak sembahyang, bolehlah kita membaca al-quran.Kalau ambil wuduk untuk baca al-quran, tak boleh bawa sembahyang.

Haa ini kena faham betul2.

Ambil wuduk tadi,nak baca al-quran. Lepas tu masuk waktu, kena ambil wuduk semula untuk sembahyang. Kecuali niat wuduk tadi kerana nak sembahyang, lalu membaca al-quran sambil menunggu masuk waktu.Itu untuk sembahyang fardhu.Kalau niat untuk solat sunat, maka tidak boleh untuk solat fardhu. Kalau niat untuk solat fardhu, maka boleh juga untuk solat sunat. Itulah covernya...Solat fardhu itu cover segala-galanya.”

(Ustaz Fahdullah Shuib, kuliah maghrib Surau At-Taufiqiah Ara Damansara)

Sesungguhnya aku memang tak sedar langsung tentang perkara sebegini, selama aku menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan dugaan ni. Bukan saja tak sedar, malah tak tahu pun yang wudhuk ni ada juga pangkat-pangkatnya seperti yang diperkatakan oleh ustaz Fadhullah. Biasanya aku bila dah ada wudhuk tu kira jalan la segala benda yang perlukan wudhuk,tak kira lah niatnya untuk apa. Rupanya tidak kusangka, bukan perkara mudah juga wudhuk ni ye.

Benda ni tak boleh dibuat main, sebab ia berkait dengan solat yang mana solat tu perkara yang utama. Wajib berwudhuk, untuk solat.

Tak kurang juga dengan perkara-perkara lain yang mungkin selama ni kita tak sedar akan kesilapan dek kealpaan.Mungkin kita perlu mencari dan belajar lagi untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Fikir-fikirkanlah...
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[al-Ankabut 29:69]

Jadi lepas ni kenalah berhati-hati, sentiasa berwaspada dan berusaha agar sempurna segala amalan,dapat menjadi bekalan ke akhirat yang berkekalan.

Terima kasih kepada ustaz, dan tak lupa kepada Ustaz Zahuri yang telah meminjamkan Digital Quran tempoh hari,yang juga telah banyak memberi. Kalau tak dapat Digital Quran hari tu,mungkin takda lah entry ni sebab recording tu ada dalamnya...Wallahua'lam

Thursday, June 18, 2009

JaNnAh (end)

Ibrahim bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh penjaganya:

 

Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa: Ya Allah

 

seorang untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka bagaimana

 

saya akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah (Cuma-Cuma)?

 

Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu:  Hai Anak Adam

 

kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga dengan

 

harga murah, ertinya:  Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan,

 

tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.                

 

Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka.  Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.

 

Yahya bainMu'adz Arrazi berkata:  Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.

 

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

 

Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka  neraka berdoa:  Ya Allah hindarkan ia dari neraka.

 

Semoga Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga.  Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.

 

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga.

 

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini.  Jawab Tuhan:  Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya?  Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu.  Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan:  Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya?  Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya:  Apakah kau tidak minta?  Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah:  Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.

 

Abdullah bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

 

Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.

 

Firman Allah yang bermaksud:

 

Kami cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli yamin.

SUBHANALLAH indahnya syurga Allah...

Ya Allah, sungguh aku belum punya jaminan untuk masuk syurga yang maha Indah, tapi aku takut masuk ke neraka Mu.



JaNnAh...(volume 2)

Zaid bin Arqam r.a. berkata:  Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan munum?  Jawab Nabi s.a.w.:  Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima' (bersetubuh).  Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran?  Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan kasturi.

 

Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.

 

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

 

Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.

 

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga:  Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun.  Dan yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum.  Kelima: Albasakum alhuli wal hulal.  Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin.  Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun.  Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin.  Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun.  Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran.  Ertinya:-

 

1.         Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.

 

2.         Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.

 

3.         Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

 

4.         Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.

 

5.         Kami memberimu pakaian dan perhiasan.

 

6.         Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.

 

7.         Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.

 

8.         Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.

 

9.         Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.

 

10.       Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

 

Abul-Laits berkata:  Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam:-

 

1.Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu  dari maksiat maka syurga tempatnya.

 

2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.

 

3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

 

4.Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.

 

5.Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.  Sebagaimana ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan.  Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia.  Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.

ada lagi.............!



Wednesday, June 17, 2009

JaNnAh...(volume 1)

Bismillahirrahmanirrahim

Ni aku nak berkongsi dengan para pembaca betapa indahnya nikmat dan ciptaan Allah SWT Tuan Punya Dunia bagi hamba2Nya yang taat.


NIKMAT SYURGA

 

Abu Hurairah r.a. berkata:  Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu?  Jawabnya: Dari Air.  Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga!  Jawabnya yang bermaksud:

 

Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.

 

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

 

Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang adil.  Dan orang puasa ketika berbuka.  Dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya.

 

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

 

Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus).  Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan.  Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya.  Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.

 

Ibn Abbas r.a. berkata:  Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya:  Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.

 

Mujahid berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya.  Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring. 

 

Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w.   Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.

 

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

 

Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan.  Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu.  Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka.  Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.

 

Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril:  Apakah cermin yang putih ini?  Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan).  Nabi s.a.w. bertanya: Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada' dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu).  Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.

 

Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah  Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu.  Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta redaMu, dua atau tiga kali.  Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka

 

dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka:  Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia.  Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.

 

Abul-Laits berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihatNya.  Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan:  Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.

 

Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.

 

Dalam riwayat lain:  Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.

Subhanallah!

bersambung........

-copied from al-azim.com-

Saturday, June 13, 2009

Dosa

Bismillahirrahmanirrahim

Saja aku nak menaip harini bagi mengisi masa yang dilapangkan oleh Allah pada hunjung minggu ni, sekaligus mengisi kekosongan blog usang ni.

Alhamdulillah, pagi tadi dua aktiviti sihat telah berjaya dilaksanakan bersama Metc trainees iaitu berjoging dan (yang ni tak pasti sihat ke tak);menari poco2...

Kenapa tajuk post ni 'dosa'?? Sebab tadi baru terbaca dalam sebuah buku yang menyatakan maksud dosa iaitu perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama,tapi terfikir fahamkah kita dengan perbuatan melanggar hukum Allah? Kita sebagai hamba Allah sememangnya mempunyai tujuan dan destinasi yang satu, iaitu redha Allah dan syurga Allah. Tak kira lah sesiapa pun, lain bangsa ke lain agama ke kalau tanya ada tak yang nak masuk neraka? Mesti tak da kan...Bagi yang lain agama tu lain lah pulak ceritanya. Tapi apa yang aku nak bawa kat sini ialah adakah dosa membawa ke syurga? Sudah tentu tidak! Dosa tu bekalan ke neraka! Sungguh, kita insan biasa tidak lepas dari melakukan dosa walaupun kecil. Walaupun begitu tak kan la kita nak terus membawa dosa2 bersama dan dikumpul menjadi banyak? Sedarlah aku, dan sesiapa jua yang membaca bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Menerima Taubat dan mati adalah perkara yang paling dekat dengan kita,bak kata Imam Al-Ghazali.

Janji Allah,bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

SO, segerakanlah bertaubat dan lazimkan diri dengan istighfar. Hindari dari melanggar hukum Allah. Sebelum menutup kata, macam mana nak hindari dari melanggar hukum Allah kalau tak tahu? Tak tahu kena belajar. Kan menuntut ilmu tu wajib dalam Islam...Wallahua'lam.

Moga apa yang aku taip ni menjadi peringatan yang membawa amal yang istiqamah berkekalan buatku yang selalu lupa ni,dan supaya aku sentiasa bersemangat dalam perjuanganku...AMIN ya ALLAH

Friday, June 12, 2009

Catur, X-Box, Play Station : Hukum Main, Jual & Kerja

www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman*
Editor: lailatulema



Soalan: Apakah hukumnya bagi seseorang yang bekerja sebagai seorang pereka grafik/animasi untuk permainan komputer atau yang terlibat dalam pembikinan games itu sendiri?Apakah hukum bermainnya pula?Adakah pekerjaan tersebut dikira sebagai haram dilaksanakan kerana secara asasnya, permainan komputer kadang-kala melekakan pemainnya?Adakah pereka permainan tersebut menanggung dosa pemain tersebut sekiranya mereka bermain sehingga meninggalkan solat, sebagai contoh?

Jawapan: Bagi memberikan jawapan dalam hal ini, pertamanya kita perlu menentukan terlebih dahulu APAKAH HUKUM PERMAINAN/ GAMES' ITU SENDIRI?, hanya selepas itu kita mampu mengetahui hukum individu yang bekerja dalam pembikinannya.

Bagi mengetahui hukum sesebuah permainan, saya suka untuk merujuk kepada perbahasan ulama dalam bab hukum bermain catur. Benar, di zaman silam tiada play station 3, x-box, wii-games dan yang sepertinya, antara permainan yang ada serta mempunyai beberapa persamaan adalah catur . Justeru saya meyakini dengan memahami hukum catur, kita akan dapat menentukan sikap terhadap permainan moden yang disebut tadi, dari sudut asasnya.

Saya tidak ingin mengulas terlalu panjang lebar dan terlalu ilmiah sambil menyertakan perdebatan ulama berkisar hukum bermain catur, cukuplah saya menghidangkan ringkasan sahaja. Secara umumnya di dalam perbincangan hukum permainan catur, ilmuan Islam berbeza kepada tiga jenis pendapat :-

1)Harus : Namun Dengan Syarat
Antara yang paling diketengahkan dalam kumpulan ini dari kalangan ulama kontemporari adalah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Beliau juga menyandarkan pendapat HARUS ini kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Abbas, Abu Hurairah, dan tabi'en seperti Said al-Musayyab dan malah Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan beberapa ulama terhebat tabien yang turut bermain catur seperti Said ibn Jubair, As-Sya'by dan lain-lain. Imam Al-Ghazzali juga turut tergolong dalam kelompok ini. ( As-Sunan al-kubra, al-bayhaqi, 10/211)

Justeru, Al-Qaradawi dalam fatwanya menyebut :

Menurut pendapat dan ilmu kami bahawa permainan catur itu menurut hukum asalnya adalah mubah(harus), sebab tidak ada dalil yang menunjukkan pengharaman catur, malah selain daripada ia dikira lahwun (lalai) dan hiburan, catur mempunyai nilai positif yang berperanan sebagai merupakan sukan minda dan melatih berfikir.

Antara syarat yang diletakkan oleh Al-Qaradawi :-

· Tidak menangguhkan waktu solat dan kewajiban lain disebabkan keasyikan permainan itu.

· Tidak disertai dengan judi dan pertaruhan.

· Hendaknya pemain dapat menjaga lisannya dari perkataan kotor seperti maki hamun kerana tewas dan sebagainya. ( Al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 273, cet Al-Maktab Al-Islami)

Melalui pendapat ini, jelas bahawa sebab-sebab pengharaman yang mungkin datang bukanlah kerana catur atau permainan itu sendiri, tetapi lebih kepada sebab-sebab luaran.

Oleh itu, jika berdasarkan pendapat ini, games moden turut diharuskan dengan syarat yang disebut oleh al-Qaradawi dan ditambah satu lagi menurut pendapat saya iaitu : mestilah intipati games yang direka cipta atau dbeli itu tidak bercanggah dengan Islam dan hukumnya. Iaitu konsepnya, ideanya, gambarnya dan lain-lain.

2) Haram : Yang melarang
Antara mereka adalah Ali bin Abi Talib r.a, Ibn Umar r.a, Ibn Abbas r.a, Mazhab Hanafi, Hanbali, dan Maliki. Demikian juga Ibn Taymiah dan kebanyakan ulama kontemporari Saudi, pandangan haram ini juga dinisbahkan kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Umar. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik turut termasuk dari mereka yang mengharamkannya. Demikian dinukilan oleh Imam Ibn Qudamah dan lain-lainnya. ( Mughni, 10/172)

Ulama kontemporari Saudi turut mengharamkannya malah mereka mengatakan semua syarat yang diletakkan oleh Qaradawi itu amat jarang dipenuhi oleh sang pemain.

Ibnu Taimiyah pernah berbicara panjang di dalam masalah ini, dari halaman 216 hingga halaman 245 jilid XXXII dari kitab Majmu Fatawa, antara kata beliau :

"Misalnya kita tetapkan bahwa permainan catur itu bebas dari itu semua -maksudnya tidak melalaikan kewajiban dan tidak akan melakukan hal yang haram- maka larangan perbuatan itu ditetapkan oleh para sahabat. Sebagaimana yang sohih dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa beliau pernah menjumpai kaum yang sedang bermain catur. Lalu beliau mengatakan

Ertinya : "Mengapa kamu menekuni patung ini? Sungguh jika salah satu diantara kamu menggengam bara api sampai padam itu lebih baik daripada memegang catur" ( Riwayat Al-Baihaqi, 10/212)

Kumpulan yang mengharamkan mengatakan penyamaan mainan catur dengan patung (berhala) yang dibuat oleh Ali itu jelas menunjukkan bahawa ia satu permainan yang haram.

Ibn Taimiah pula menisbahkan Imam Syafie sebagai berkata : "Permainan yang paling aku benci adalah an-nard, permainan catur dan permainan burung dara sekalipun tanpa perjudian. Sekalipun kebencian kami kepada permainan itu lebih ringan dari pada permainan dadu"

Namun demikian, apa yang jelas, tiada satu hadis yang sohih menyatakan pengharaman catur, hanya wujud adalah perdebatan berkenaan pandangan para sahabat sahaja. Cuma Imam Ibn Qudama cuba membawa dalil berikut sebagai hadis pengharamannya :-

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt sentiasa melihat (kepada hambanya) pada setiap hari sebanyak 360 kali pandangan, dan orang yang bermain catur ini tiada termasuk dari kalangannya ( Al-Mughni, 10/172)

Ibn Qudamah kemudiannya terus menghuraikan pemain catur sama seperti pemain an-nard kerana lalainya mereka semasa bermain dari ingatan terhadap Allah swt. Namun demikian, penyamaan ini (qiyas) ini ditolak oleh ulama Syafie kerana perbezaan konsep asas antara kedua permainan tadi.


3)Makruh (tidak begitu digalakkan)
Antaranya adalah Imam As-Syafie dan merupakan pandangan mazhab Syafie.Imam Syafie berkata ertinya : Apabila catur tidak besertanya pertaruhan dan kata-kata maki hamun, melupakan solat, maka ia TIDAK lah termasuk dari yang haram ( Tafsir Ibn Kathir, 6/40 )

Imam an-Nawawi menjelaskan pendirian mazhab Syafie dengan katanya :-

Ertinya : Adapun catur, dalam mazhab kami (Syafie) ia adalah makruh dan tidak jatuh haram, dan ia (keharusannya) juga diriwayatkan dari kumpulan tabien; namun menurut Imam Malik dan Ahmad, ia adalah haram dan Imam Malik berkata ia lebih buruk dari An-Nard ( sejenis permainan arab yang berasakan judi), serta melekakan diri dari kebaikan, justeru mereka menqiyaskan catur dengan an-nard, namun dalam ahli-ahli dalam mazhab kami (Syafie) tidak bersetuju dengan qiyas tersebut. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, hadis no 2260, jil 15, hlm 15)

Imam al-Ghazali pula memberikan perbezaan antara catur dengan an-nard dengan hujjahnya ia berbeza adalah kerana :

Catur adalah mainan latihan perangkaan strategi perang, ia lebih mirip kepada sukan memanah, berkuda dan berlumba ( dari sudut manfaatnya) ( Rujuk Al-Wasit, 7/353 )

Kesimpulan hukum main catur

Dari sudut dalil yang diberi serta banyak lagi yang tidak disertakan, saya berpandangan yang HARUS TETAPI MAKRUH JIKA BERLEBIHAN adalah lebih kukuh.

Tidak dinafikan bagi seseorang yang ulama atau ahli agama, pandangan YANG MENGHARAMKAN tentunya terpakai untuk dirinya. Bukankah status kedudukan para ulama itu menjadikan dirinya perlu lebih ketat dalam pengalaman berbanding orang awam. Sebagai kata-kata yang kerap kita dengari

"Kebaikan yang dilakukan oleh orang awam, masih dikira keburukan bagi seorang yang hampir dengan Allah swt"

Ertinya bagi seorang yang soleh, mengkahatamkan al-quran sebanyak satu kali pada bulan Ramadhan boleh dianggap satu kesalahan dan aib, berbanding orang awam yang dikira sebagai satu kejayaan besar. Jika piawaian ini diambil kira bolehlah kita katakan, pandangan ‘HARUS DENGAN SYARAT' atau ‘MAKRUH' lebih ringan untuk dihidangkan kepada orang awam khususnya : -

  * Tiada dalil spesifik yang menyokong pengharaman,

  * Hujjah yang mengatakan haram semuanya disebabkan wujudnya faktor luaran seperti lupa Allah SWT, judi dan sepertinya, maka jika tiada faktor-faktor ini bak kata Imam al-Ghazzali, semuanya kembali menjadi hukum mubah.

  * Qiyas catur dengan an-Nard adalah tidak tepat sebagai pandangan mazhab Syafie kerana an-Nard sememangnya diasasi oleh perjudian berbanding catur yang amat boleh dimainkan tanpa pertaruhan.

Namun begitu, walaupun ia ‘harus dengan syarat' atau ‘makruh' sahaja, saya amat bersetuju dengan fatwa Imam al-Ghazzali yang lebih kurang sama dalam bab muzik. Gunakanlah ia secara terkawal dan tidak terlalu kerap kerana ia umpama ubat, yang tidak boleh terlalu kerap, kelak akan membawa mudarat.

Gunakan ia hanya untuk menghilang kebosanan sama seperti bergurau senda, ketawa, bersukan dan sebagainya. Tentunya penenang yang hakiki adalah pada membaca dan menghayati AL-Quran, zikir dan membaca, namun tidak semua manusia sama status iman mereka, tatkala itu amat relevan kata-kata Nabi kepada Hanzalah dan Abu Bakar r.a yang kerisauan kerana masih boleh berehat-rehat ketiak di rumah dengan isteri dan anak, sedang mereka begitu serius ketika mendengar kuliah Nabi s.a.w berkenaan akhirat dan lainnya :

Ertinya : Wahai Hanzalah ; satu waktu (zikir dan ibadah khusus serta serius) dan satu waktu lain pula ( rehat dan ringan) ( Riwayat Muslim)

Berkenaan hukum menjual catur di dalam mazhab Sayfie, disebabkan mazhab ini mengganggap catur sebagai makruh, hukum menjualnya juga turut makruh. (Al-Majmu', An-Nawawi, 9/243)

Jawapan kepada soalan

Jika demikian perbincangan kita, hukum bermain games PS1,2, dan 3 juga harus dengan makruh jika berlebihan, dan haram hanya apabila melanggar perkara asas yang telah disebutkan di tadi.

Tatkala itu, saya berpandangan, hukum terlibat sebagai programmer computer, grafik animator dan sepertinya bagi pembikinan sesebuah games adalah turut HARUS, namun ia bukankah satu kerja yang terbaik dan terpilih bagi individu yang mahu jelas hilang dari sebarang syubhat.

Unsur syubhat wujud khususnya kerana pencipta permainanan itu TIDAK MAMPU mengawal kekerapan, dan addicted sang pemain serta kelalaian mereka.

Asalnya penjual dan pencipta barang jualan yang bersifat neutral TIDAK menanggung sebarang tanggungjawab jika pembeli menggunakan barang neutral itu untuk tujuan jahat. Seperti penjual lap top computer, pisau, Television, printer dan sebagainya. Semua ini tergolong dalam kategori neutral yang mana pengguna akan menentukan sama ada ia digunakan kepad adosa atau pahala.

Namun berbeza dengan PENJUALAN GAMES; kerana amat diketahui, permainan itu diciptakan sememangnya untuk dimain, menghiburkan pembeli, malah lebih baik jika mampu dicipta kecanggihan sehingga boleh menjadikan pemain ketagih dengannya. Tatkala itu, pencipta games menanggung beban tanggungjawab kepada mainan ciptaannya, berbeza dengan barangan neutral yang saya sebutkan di atas.

Justeru, jika permainanan yang direka yang bersifat pendidikan ilmu fardhu kifayah seperti matematik atau permainan serampang dua mata, hiburan dan pendidikan atau lebih hebat dari itu ia membawa kepada kesedaran Islam. Tatkala itu ia menjadi sunat pula dan pahala yang diperolehi oleh penjual juga.

Hukum boleh berubah pula menjadi HARAM apabila kandungannya dan paparan terdapat hal yang bertentangan dengan Islam.

Sekian 

*Sumber artikel ini adalah dari laman web UZAR di http://www.zaharuddin.net/

wahh...saja aku copy artikel ni sbb teringat dulu2 aku suka sangat main pc games sampai kewajipan terabai..

Saturday, May 2, 2009

Tazkirah Maulidurrasul: NIKMAT ISLAM

Disampaikan oleh: HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini.

(Nota berikut merupakan nota ringkas yang telah diambil ketika Habib sedang menyampaikan Tazkirahnya. )

1. Kalimat Syukur itu sendiri merupakan nikmat dari Allah. Nikmat Allah sentiasa diperbaharui dengan kita sentiasa melakukan sujud syukur. Manusia tidak mampu mensyukuri segala kenikmatan Yang Allah berikan.

2. Kita tidak sedar dengan kewujudan nikmat ALLAH sehingga nikmat itu ditarik balik Dari Allah

3. Cuba kita perhatikan salah satu nikmat dari Allah, iaitu kebolehan kita bernafas. Bila nikmat itu diambil , contohnya seperti ketika kita diserang dan dicekik orang, kita akan rasa betapa besarnya kehilangan kerana tidak dapat bernafas. Manusia tidak akan sedar akan kenikmatan yang diberi kepadanya sehingga kenikmatan itu dimabil daripadanya. Oleh itu kita wajib sentiasa bersyukur kepada Allah.

4. Antara nikmat-nikmat dari Allah yang besar adalah Nikmat Islam, kita digolongkan di dalam golongan yang beriman dan Kita digolongkan di dalam umat Nabi Muhammad(selawat dan salam ke atasa baginda) iaitu umat yang lebih baik daripada umat-umat yang terdahulu.

5. Daripada nikmat Islam itu sendiri, terkandung lebih banyak nikmat. Umat terdahulu menjadi debu dan dihancurkan kerana tidak beriman kepada Allah.Jibril(alaihissalam) pernah bertanya kepada Allah, mengapa manusia tidak dijadikan sama rata, lalu Allah menyatakan Dia lebih suka dikenali dan disyukuri oleh hamba-hambanya

6. Orang orang kafir turut menerima kenikmatan, contohnya kenikmatan Keamanan dan kenikmatan makanan walaupon tidak beriman Pada Allah Dan Rasul-Nya. Orang Islam menikmati kenikmatan yang khusus, iaitu tergolong dalam umat Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas Baginda) dan menjadi pengikut baginda. Nikmat Khusus ini wajib kita syukuri sebagai orang yang beriman.

7. Nikmat Makanan, makanan mengandungi sumber-sumber nutrisi untuk keperluan badan. Bila dimakan, para malaikat menyalurkan kandungan-kandungan nutrisi di bahagian bahagian yang sudah ditetapkan Allah. Jika nutrisi nutrisi tidak disalurkan dengan betul, sudah tentu pertumbahan bahagian badan kita tidak seimbang.

8. Ilmu ilmu yang baru ditemui dan diterokai adalah sebagian kecil daripada ilmu Allah. Contohnya Maut, para doctor hanya dapat mendefinasikan mati itu bila jantung manusia telah berhenti dan otak tidak berfungsi lagi. Sementara para Ulama mendefinasikan maut itu apabila keluarnya roh dari jasad, atau bila roh berpisah daripada badan dan sesungguhnya Roh itu ada lah perkara khusus bagi Allah.

9. Marilah kita beramai ramai bersukur kepada nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dengan berusaha meningkatkan keimanan. Dalam nikmat Islam , ada nikmat tergolongnya kita semua didalam golongan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atas Baginda). Mensyukuri nikmat ini boleh dilakukan seperti mangamalkan sebanyak sunnah sunnah Nabi. mempelajari sirah2 Nabi, membaca Qasidah dan sebagainya.

10. Kita harus sedar, Islam itu merupakan Nikmat terbesar. Kita tidak pernah sekali pon berdoa kepada Allah,” Jadikan aku seorang Muslim….” Atau “ jadikan aku tergolong dalam Umat Nabi Muhammad …..” (selawat dan salam ke atas baginda). Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa Dia kehendaki.

11. Kita wajib untuk sentiasa bersyukur kepada Allah. Setiap nikmat wajib disyukuri, Ramai di antara kita banyak beribadat, tetapi sedikit sahaja golongn yang bersyukur. Maka jadilah dari golongan yang sedikit.

12. Antara cara cara terbaik kita melahirkan kesukuran kepada Allah ialah

a. Jangan sesekali kita meletakkan kepala untuk tido melainkan sudah melakukan solat sunat Witir

b. Dalam satu hari dan satu malam, buka dan baca lah AL-Quran walaupun hanya dengan membaca satu muka. Dan berhati hatilah jika kita tidak membaca Al-quran dalam tempoh seminggu.

13. Kita harus meyakini dan mengimani bahawa sebab kita mendapat semua nikmat ini adalah disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan dalam ke atas baginda). Surga, Islam dan setiap kebaikan diperoleh para Muslim atas sebab Nabi junjungan kita ,Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda). Amalan yang 70 para malaikat keletihan menulis ganjaranya adalah bersukur dan berterima kasih menerima kenikmatan disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda)

ini saya petik dari link ni...

http://baitul-qurra.blogspot.com/

masyaAllah...ini sebagai ingatan untuk diri sendiri dan pembaca...jom kita lahirkan kesyukuran bersama.

Tuesday, April 28, 2009

urghh

Saturday, April 11, 2009

tengok dunia


Hari ni aku pi tengok dunia...apa pulak maknanya pi tengok dunia ni hah?Adakah melihat bumi sfera sebiji tuh?takkk...
Alkisah...Petang tadi aku pi temankan Ust. Zahuri beli pc. Sebelum ni dia ada la jugak cakap nak beli monitor ke apa tah,tapi macam tak pasti lagi. Hari ni lepas solat zohor tadi dia cakap,nak ajak aku temankan dia pi beli pc. Aku pun fikir tak panjang sangat, tapi fikir jugak la sebab sebelum ni dah ada niat nak buat benda lain. Tapi disebabkan Ust. Zahuri kebanggaanku yang mengajak, aku batalkan niat baik tu...
Lepas tu aku pon pi la bersama dia dan seorang lagi yang sempat diajak sebelum pi tu,sebagai menjadi pemandu. Sebenarnya dia tak berapa arif pasal jalan nak pi tempat nak beli tu. Dah tu apa yang tengok dunianya? Sebenarnya, destinasi kami ialah KLCC. Sempena PC Fair ni kan, itu yang Ust. ajak pi beli kat situ tuh. Ya ALLAH,nak dapat parking kereta bukan senang. Dah dapat,jauh pulak. Kena la berjalan jauh sikit. Dahla gitu,yang dasatnya pasal hadirin kat PC Fair tu. Kalau orang tempat aku kata, 'merenyut'! maknanya banyak sangat,berduyun-duyun. Tengok kat luar ok lagi, masuk dalam lagi manyaaak wooo...macam2 jenis orang dan pakaian ada. Yang separuh ada,yang sekerat ada,yang suku pun ada. Itu lah yang banyak nya,takleh nak nafi ler tak tengok,takkan nak berjalan pejam mata kot. Tak mau cerita panjang,macam2 ada la senang kata.
Apa yang aku nak terangkan kat sini ialah,ust. dengan selambanya berjalan dan berkata, "orang nak tengok dunia mai sini la..."maksudnya?aku faham,tapi aku pun tak reti nak tulis kat sini. Kat tempat macam tu punya la ramai orang pi kan,tapi manfaatnya?Zahirnya dapat beli barang komputer dan sebagainya dengan harga murah. Tapi apa yang lagi murah kat situ,dosa lah...senang dapat...ingat lagi ust. cakap, "kita kejar akhirat, dunia akan mai...ambik lah sekadar yang perlu."
Masa balik, jenuh mengusung pc baru tu (kereta parking jao). Tapi Alhamdulillah, dapat makan kari kambing.Best...Terima kasih ust...tadi janji nak pi boh game pulak kat pc baru tu esok...adeii~

Tuesday, April 7, 2009

~fat-hu~



Alhamdulillah...just starting my first n only blog..
got nothing much to say...
i'm trying to put myself into recording and sharing

'a bit of my life'.

(nak blajaq-blajaq menulis)